LilySlim Fitness goals tickers

LilySlim Fitness goals tickers

Jumaat, 27 Julai 2012

cerita markisa

Sedikit info tentang markisa yang telah di kopipes :

Berapa ramai kenal markisa. Mungkin generasi muda tidak begitu pasti tentang buah ini. Ia jarang kelihatan di pasar-pasar buah. Hanya tempat-tempat tertentu sahaja ia boleh didapati. Markisa atau nama saintifiknya Passiflora edulis adalah sejenis tumbuhan buah yang termasuk dalam famili Passifloraceae. Dalam bahasa Inggeris, ia dikenali sebagai passion fruit. Ia juga dikenali dengan nama buah susu berasal dari kawasan tropika di Amerika Selatan. Pokoknya jenis pokok panjat, menggunakan sulur paut yang melilit pada sokongan atau pagar. Markisa boleh ditanam daripada keratan batang atau bijih benih. Bunganya seakan-akan bunga pokok leletup dan berbulu di sekeliling kelopaknya. Buahnya hijau berkilat semasa muda serta licin berbentuk bujur dan bersaiz 5 hingga 10 cm panjang dan 8 cm lebar. Warna buahnya bertukar menjadi kuning apabila masak. Kulit buahnya setebal 0.3 cm dank eras. Isi di dalam berwarna kuning dan banyak biji-biji hitam. Buah markisa boleh dimakan mentah atau dibuat jus, aiskrim atau kek. Pada masa kini, markisa lebih popular dibuat jus. Pelbagai jenama jus markisa terdapat di pasaran. Markisa biasanya ditanam secara perladangan di beberapa kawasan di Malaysia seperti Kelantan, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.


 Bapak aku dah lama riki pasal projek tanaman pokok markisa ni. Dia memang tahu buah markisa/buah susu ni memang ada potensi. Bila aku dan adik-beradik buat cadangan tanam belakang rumah utk percubaan, bapak aku bersungguh2 merealisasikan impian.... kakak aku cakap cikgu sekolah dia memang raih keuntungan yang besar dan tak putus2 permintaan markisa di pasaran. Jadi apa salahnya kami mencuba... :)

Tiada ulasan:

klik.. klik