LilySlim Fitness goals tickers

LilySlim Fitness goals tickers

Isnin, 15 Oktober 2012

progress markisa


Semalam petang berkebun dengan wak karnadi dan adik aku. Pokok markisa agak dah besar sikit... tapi masih belum mengeluarkan hasil. Bapak aku nak tambah anak pokok lagi. lepas ni insyaallah boleh kutip hasil. Makan masa 6 bulan baru buah akan mula berbuah sepanjang tahun.

Berdikit-dikit dahulu. Agak sedang jugak minum air markisa. Aku pun memang suka air masam-masam ni, hehe.Respek kat bapak aku yg dah tua masih kuat angkat kayu berat-berat. Adik aku memang asisten bapak yang terbaik!! Aku? reti ikat tali je nk bagi pokok markisa tu melingkar. hoho. :)


:: daripada aku dok ngadap kebun aku kat leptop lebih baik aku berbudi kepada tanah yang betul-betul punya tanah. haaa


Selasa, 31 Julai 2012

Bunga tisu



 tapi bunga tisu bola golf? 




tu la, sebelum ni malas nk buat entry. suka skodeng blog org je. pastu jumpa tuto wat bunga ni. tengok gambar je dah bleh wat sendiri.... :)

** copy gambar dr blog org.










kiut kan... bleh wat bunga telur... 



Jumaat, 27 Julai 2012

cerita markisa

Sedikit info tentang markisa yang telah di kopipes :

Berapa ramai kenal markisa. Mungkin generasi muda tidak begitu pasti tentang buah ini. Ia jarang kelihatan di pasar-pasar buah. Hanya tempat-tempat tertentu sahaja ia boleh didapati. Markisa atau nama saintifiknya Passiflora edulis adalah sejenis tumbuhan buah yang termasuk dalam famili Passifloraceae. Dalam bahasa Inggeris, ia dikenali sebagai passion fruit. Ia juga dikenali dengan nama buah susu berasal dari kawasan tropika di Amerika Selatan. Pokoknya jenis pokok panjat, menggunakan sulur paut yang melilit pada sokongan atau pagar. Markisa boleh ditanam daripada keratan batang atau bijih benih. Bunganya seakan-akan bunga pokok leletup dan berbulu di sekeliling kelopaknya. Buahnya hijau berkilat semasa muda serta licin berbentuk bujur dan bersaiz 5 hingga 10 cm panjang dan 8 cm lebar. Warna buahnya bertukar menjadi kuning apabila masak. Kulit buahnya setebal 0.3 cm dank eras. Isi di dalam berwarna kuning dan banyak biji-biji hitam. Buah markisa boleh dimakan mentah atau dibuat jus, aiskrim atau kek. Pada masa kini, markisa lebih popular dibuat jus. Pelbagai jenama jus markisa terdapat di pasaran. Markisa biasanya ditanam secara perladangan di beberapa kawasan di Malaysia seperti Kelantan, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.


 Bapak aku dah lama riki pasal projek tanaman pokok markisa ni. Dia memang tahu buah markisa/buah susu ni memang ada potensi. Bila aku dan adik-beradik buat cadangan tanam belakang rumah utk percubaan, bapak aku bersungguh2 merealisasikan impian.... kakak aku cakap cikgu sekolah dia memang raih keuntungan yang besar dan tak putus2 permintaan markisa di pasaran. Jadi apa salahnya kami mencuba... :)

Ahad, 5 Februari 2012

berangan

Setelah sekian lama x pernah tulis pape entry.. teringin lak menulis. Ni sume gara2 hobi baru aku la ni. blog walking!! suka baca entry pasal DIY n wedding. Eh wedding? dah tiba masanya ke? hihi. Lepas tu mulalah berangan nak DIY jugak time majlis. Pelan2 belajar dari sekarang. Insyaallah. :).

Ahad, 27 November 2011

bla bla bla

2011 menyaksikan pelbagai warna-warni suka duka kehidupan. mampukah aku untuk terus berhadapan dengan bermacam lg situasi dan onak duri di tahun yang mendatang.... blablabla... merepek je. x leh tido

Isnin, 6 September 2010

tak reti

dah setahon rupenye aku create menatang ni... ape pon tade. followers lg la takde. konon2 mau jd blogger. kalo dasar pemalas tu malas jugak.... mueheheheheh

klik.. klik